FREE KEYCHAIN
FREE PHOTOCARD (3 PIECES)
Yang telah ditetapkan, diakhirnya pasti di miliki. la akan sentiasa mencari caranya yang tersendiri.
Namun, bagaimana jikasebaliknya?
"Aku rasalah kan, aku dah jatuh cintalah, Raysa" - Heriz Zayyan
Pertemuan dari orang asing, bertukar menjadi sahabat yang berjanji untuk sentiasa di sisi, tetapi kian goyah kerana salah seorang memilih untuk berpaling.
"Mama aku dah desak aku untuk kahwin. Kalau tidak, dia akan kahwinkan aku dengan perempuan pilihan dia. Aku tak nak, Raysa." - Heriz Zayyan.
"Kau dah fikir masak-masak? Kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main, Heriz." -Raysa Amanda
Ikatan persahabatan yang terjalin telah menyatukan mereka dalam
satu perkahwinan tanpa disangka, kedua-dua tidak
mudah untuk melepaskan diri.
"Aku boleh biarkan kau dengan dia. Tapi kalau kau tak bahagia, aku ada. Aku ada untuk bahagiakan kau." - Aiman
Di sebalik lafaz akad, dapatkah Raysa mencari cinta abadi yang diimpikan? Mampukah mereka kekal bertahan jika
permainan cinta berterusan menjadi pertarungan? Adakah pengorbanan mereka dibalas dengan sebuah kebahagian?
"Cinta tiada waktu yang tepat, jika tidak bersama dengan yang lebih abadi..."